Followers

Sunday, September 11, 2011

KLCC


Assalamualaikum,

Aku baru pulang ke mahallah ni pada jam 5 ptg tadi. Pukul 2.40pm pergi naik skybridge di KLCC. First time kot. Sebagai seorang rakyat Malaysia, aku berasa malu sikit di situ ye. Sekarang ada kat bilik level2. Qid and myra sedang tidur. Penat katanya. Pergi CM survey servey.

OK. Sekarang nak story perjalan nak naik skybridge ni. Aku,ayah,ibu and baby bertolak ke KLCC jam 7.00 pagi dari Klang (rumah nenek). Kitorang sampai KLCC jam 8.00 pagi. Aku dan ibu terus lah pergi kaunter.

Fuhh.. ramai gile orang yang dah beratur kat situ. Pukul berapa lah dorang start beratur ni?



Lebih-lebih lagi, pelancong la. Then, tunggu la selama beberapa jam. Akhirnya, dapat gak la tiket tu. Tapi pukul 2.40pm la. Takpelah.. Itu rezeki kitorang kot.

After that terus gi breakfast kat food court dalam Suria KLCC. Beli Subway and sizzling mee. Sementara nak tunggu pukul 2.40pm tu, kami jejalan kat kawasan rumah lama and beli marker kat taman melawati. You know what, aku ada buat member card kat The Art Shop tu. Happynye. Nanti nak beli barang dapatlah diskaun ye :)

Ok OK, tepat jam 2.30pm ayah hantar kami ke KLCC. Masuk awal la jawabnye. Tapi dye kasi tunggu kat dalam tengok video pasal KLCC ni.

Then...

"Ok, visitor dengan tali hijau boleh masuk"

Wahh.. kami pun apa lagi, masuk la. Mula2 naik lif sampai tingkat 41. Yup 41 beb. Alaahh.. 41 je. (Ayat orang jeles tak dapat naik skybridge. hahah)

Ok, kalau cerita pun tak dapat feeling kat suasana kat sana. Sini ada sikit gambar :





Itu lah saja gambar yang boleh diupload. Nak tahu lebih lanjut naik la sendiri :)






Kalau nak tahu, Kat jambatan ni ada gap sikit. Ini gambarnya :


Nampak tak gap tu? Gap tu dibuat supaya apabila jambatan ni bergoyang, tak de lah dye nak ada tarikan yang kuat sangat. Jambatan ni boleh bergoyang dengan selamat la. Lepas tu, ada abang tu cakap pulak. Jambatan ni tak pernah bergoyang pon. Kecuali pada satu masa tu, iaitu ketika tsunami :)

Ok, itu sahaja cerita kali ini. Jemputlah datang ke jambatan KLCC ni. Tapi tapi, 15 Sept ni, dye nak renovate sampai bulan Disember. Jangan pergi waktu tu lah ye. Nanti tak dapat masuk pulak. Lagi satu, kalau nak senang beli la tiket sehari awal, dua hari awal atau tiga hari awal. Tak payah la beratur macam kitorang ni :)

No comments:

Post a Comment

Pembaca yang baik ialah pembaca yang meninggalkan comment.
huhu ~