Followers

Showing posts with label Art. Show all posts
Showing posts with label Art. Show all posts

Saturday, May 12, 2012

Portfolio GC and ED

Assalamualaikum dan hai..

Dah dua hari portfolio ni berlangsung. Khamis ED (Environmental Design) and Jumaat GC (Graphic Communication)
Cakap banyak pun tak guna. Mari tengok gambar ni

GC II Portfolio day :
My Table

Peace~

Nisah. Peneman set up tempat. Bangun awal pagi tampal board. That is her table :)

Before portfolio, harus touchup2 sikit eh. Sebab malas nak re-do. Hahah


ED Portfolio day:
Tak tahan oh. Semua orang punya lawa2

Studio 2


Ok, this is my place for ED. @Studio 1

Bergambar di awal pagi. Sebelum lecturer start round.



Ok, lepas ni ada lagi portfolio. Portfolio untuk streamlining before masuk KAED. Aku termasuk dalam golongan Landscape Architect and that is what i wish for. Hope semua berjalan dengan lancar. InsyAllah..

Untuk kekawan yang lain. All The best :)

Salam Manis.



Monday, January 23, 2012

Mewarna batik

Assalamualaikum dan hai.
Semalam pergi Kuala Perlis jumpa kawan ayah. Beliau and family on the way nak pergi Langkawi sempena cuti raya Cina. Bak kata ibu, ayah kalau bersembang dengan kawan dye tak ingat dunia. So apa lagi, sementara tunggu ayah bersembang, baik kami adik beradik merayau rayau.
Jalan punya jalan tetiba ternampak sorang brother ni dok melukis. Eh, lukis apa tu? Sepantas kilat aku datang kat brother tu. Rupa rupanya brother tu dok mencanting batik. Hebat dye..



Apa lagi, aku pun nak satu! Tapi dye kasi warna batik je. Canting dye akan tolong buatkan sebab lilin tu panas. Warna pun warna lah...
Lama jugak lah nak warna benda tu. Padahal kecil je.. Huhu
Adik aku pun nak join jugak mewarna batik, jadi dye pun buat lah satu.

SEBELUM
Bagi aku puas jugak la buat kerja ni. Mewarna sesuki hati. Serba sikit menghilangkan tension.
Lepas ni nak try mencanting batik pulak lah. Hoho..

SELEPAS
Ok lah, semoga kawan2 manfaatkan cuti korang buat projek. Huhu..
Bye, asalamualaikum

Thursday, January 5, 2012

Ini dia : Si Pereka Bangunan

Asalamualaikum dan hai.
Picture of the day. My special person who i admire. The first architect i met during my school day. Ini lah dye..
Namanya encik Hanizan. Tugasan sekolah telah mempertemukan kami berdua. Ber"date" dalam pejabat yang ditemani oleh ibu.
Beliau sanggup menceritakan kisah hidupnya dari dulu sehinggalah beliau menjadi seorang arkitek di UniMAP. Katanya cita-cita asal dye nak jadi polis. "biasalah.. Cita cita waktu budak.." Katanya..
Baik orangnya. Sopan je..
Report pasal pertemuan ini ada dalam mp3. Malas nk sebarkan. Huhu..
Ok, itu sahaja..
Bye, asalamualaikum

Thursday, October 27, 2011

Cuti sem satu #2

Assalamualaikum kepada pembaca..
Sambung lagi post saya yang kedua :-)
Taraa.. Tengok apa saya buat . ia adalah sejenis keychain buatan tangan. Dijahit daripada kain yang dipanggil FELT. (kalau tak tahu juga, boleh google ye)
Mula mula memang semangat semangat dan semangat gile ah nak buat. Beli segala barang kat kedai. Habis berpuluh puluh gak la. Nasib baik di sponsor oleh ibu. Tq ibu :-)



Ok, actually senang je nak buat dye. Just kena tahu jahitan insang pari (ingat tak subjek KH kat secondary school?) and kena buat kemas kemas sikit. Baru lawa. Lagi satu, kena la tahu apa bentuk nak jahit and kena lukis kasi lawa la. Supaya hasilnye lawa gak.. :-)
Macam saya, saya buat gambar arnab, kerbau, heart, donat, bantal, katak etc.. Kalau google memang macamacam bentuk lagi yang cute. Tapi saya tak lah mahir sangat :-P
Lepas dah siap, mula lah ada mata yang memandang. Siap nak beli lagi. Apa lagi, kalau nak beli, beli la.. Saya jual. Hahaha.. (dapat la duit sikit). Kepada readers yang nak beli, saya tak buat online business. Jom jumpa saya kita bincang. Huhu
Ok, thats all. Semoga cuti anda bermanfaat.
*nak balik u dah. Bye:-)