Followers

Showing posts with label Studio. Show all posts
Showing posts with label Studio. Show all posts

Wednesday, May 21, 2014

BANDUNG, Indonesia

Asalamualaikun and hye.
Praise to Allah we are still alive. Alhamdulillah

Bila bagitahu kawan, saya ada study trip studio kat Bandung. 
Kawan gelak kecil.

"Haa? Study trip kat Bandung? Bandung bukan tempat shopping ke?"

Darah aku tersirap sebentar.

"err.. yeke? selalu org shopping je ke kat sana?"

Hoho.. baiklah. Kitorang satu studio bukan nak bershopping je pergi sana. Malah, ada misi yang lebih penting yang perlu dilaksanakan.

Tahun ni studio kitorang pasal urban design.  Jadi perlu kaji urbanism di bandung kemudian design space di sana. Fiuhhh.. terngiang-ngiang soalan dr. aniza, "What is urban design?" internal portfolio haritu.  Sepatah haram apa pun tak tahu nak jawab.

Teh botol. Teh jualan tepi jalan. Beli satu rasa macam daun. Belek-belek tengok tulis teh jasmin.
Vendor. Banyak gilak vendors tepi jalan. Sumpah. Jual makanan and barang- barang lain.
Beca. Salah satu public transportation. Kak nadia nak sangat naik. Akhirnya tertunai.
Bergambar semasa buat site inventory di Asia-Afrika Street. Saya ambil gambar. Gambar saya tarak.




Shopping. Otto Iskandar Dinata Street tempat shopping. Banyak mall. Surga bagi warga Malaysia.
Siapa malas jalan naik beca, angkutan kota atau jalan kaki je lah.



Tugu Pahlawan. Besar gilak tugu, Ambil gambar bersama.
Tourist guide. Pak Diki and the gang.
Bro ramzi. Cerita-cerita. Jumpa dengan kumpulan universitas lain.
Budak-budak. Jumpa di bolouvard depan Gedung Sate. Ada kelas olahraga katanya.
Masjid. Masjid atas awan. Serius best gilak masjid ni. macam fairy tale. Tapi singgah sekejap je.





Kebun raya Bogor. Ada banyak pintu. Pintu paling besar tu pintu utama. Tempat ni lebih kurang macam FRIM di Malaysia.
Tangkuban Perahu. Boleh naik kuda. Tapi tak naik pun. Kabus dia tebal masyAllah. Serius best kabus dye. Macam fairy tale lagi sekali.
Patung. Namanya wayang golek. Antara heritage and culture kat sana. Tapi tak pernah lagi tengok orang main depan mata.





Masjid Agung. Ramai gilak orang depan masjid. jual-jual and makan-makan. tanah lapang tu dipanggil alun-alun.





Jalan raya. Lebar gilak. mungkin sebab main road and ramai orang and kenderaan.
Tepi jalan. Jual plate kereta. saya beli satu ;D buat nombor plate kereta sendiri.
Pak Diki. Cerita-cerita sebab banyak pengalaman.





Inventory and analysis. Jumpa orang. Lihat orang. Interview orang.





Inventory and analysis lagi. Street-street yang ada di sana. Berehat sebentar bersama kit kat.





Tangkuban Perahu. Its a volcano. gunung berapi. tapi x meletus masa kami datang. Alhamdulilah.
Sejuk gilak and best gilak. Bumbung-bumbung tu sebenarnya kedai disepanjang jalan.
Pelbagai ole-ole dijual.



Tasik dekat dalam Kebun Raya Bogor.




Stalk orang ni jap.



Pehh... sketching on site nih. Legend lah katakan. hewhew..




Cakk.. selfie jap.



Lepas pulang dari bandung, menjalani hari-hari seperti biasa. Sambung kerja studio dan lain-lain assignment and midterm.




 And, ini adalah result kerja-kerja studio di Bandung.

Kerja group:

Introduction mengenai Bandung dan Asia-Afrika Street

Solid and void. Nak tahu di mana ada bangunan dan di mana ada open space.
Hitam = solid/bangunan
Putih = void/open space
warna warni = landuse zoning

Banyak bangunan di sini ada ciri-ciri dari Belanda, Art Deco style.

Kawasan perumahan dan kawasan perniagaan.

Circulation pejalan kaki dan circulation kenderaan. Serta aktiviti mereka di sana.

Microclimate di sana.

Setiap street ada view and sensory yang tersendiri.

Cadangan design untuk Asia-Afrika Street dan sekitarnya.

Master plan untuk Asia-Afrika Street dan sekitarnya.


Kerja individu:
(Development area plan)
Dapat site di tengah-tengah building.

Axonometric view site yang di atas.

Replica Park dan Quotes Corner


Asia - Afrika Pavilion.


Orait. Itu sahaja. Moga bermanfaat.

Friday, June 7, 2013

Moga bahagia selalu :)

Asalamualaikum dan hye.

Pekabar? Sawadakap?
Semoga sihat bahagia semuanya :)

Apa makna bahagia? Bahagia tu bukan setakat seseorang tu tersenyum secara fizikal. Orang tersenyum selalunya gembira. Bahagia tu lahir dalam hati. Hati tenang. Hati suka. Hati syukur. Hati lapang. Hati macam-macam lah. Itu lah bahagia. Perasaan dari dalam hati. Orang gembira tak semestinya bahagia betul dak? Sebab fizikal kita boleh nampak, tapi dalam hati siapalah yang tahu. Hihi.. Apa aku melalut ni? Takpelah, buat mukaddimah sikit. Apa-apa pun, stay bahagia k. Minta keredhaan dunia akhirat dari Allah :)




Dari kiri Guru penolong kanan akademik, guru penolong kanan hal ehwal murid, guru penolong kanan kokorikulum
dan tengah ialah guru besar. Hahaha ;D
Orait. Gambar sekadar hiasan. Buat kawan-kawan terutama kawan-kawan studio, selamat bercuti. Manfaatkan cuti yang ada ni dengan sebaiknya. Koranglah family saya time belajar selama ni. thank you a lot. Moga berpanjangan dan berkekalan. Amiiin..

Akhir sekali buat yang sakit moga cepat sembuh, yang sihat teruskan bersyukur ya :)

Jumpa di tahun dua nanti insyAllah :)
Buat kawan yang amek short sem. jumpa time short sem ya! insyAllah :)

Bye asalamualaikum


Saturday, January 26, 2013

Dalam Studio

Asalamualaikum dan hai.
Sudah tiga minggu bercuti. Minggu depan nak balik uia dah. Fuhh, best betul cuti dok layan movie tak habis-habis. Ye la, waktu dah start belajar nanti jarang sangat nak tengok movie nih. Unless after submit project. Boleh la layan sikit-sikit. Huhuu.. Sekarang ni pun tengah tengok Running Man. Baru aku tahu cerita ni best gile.

Orait, demi nak ambil mood berada dalam studio untuk sem baru nanti, aku nak recall balik or ingat balik apa yang aku dan kawan-kawan dah buat dalam studio. Selain lecture, sketching, projecting, nagging, sleeping, naiving and so on...

First of all,


Listening lecture from madam kesayangan iaitu mdm J
#1 Litsening 
Well, mdm J ni studio master kitorang. So, most of the time mdm akan bersama ngan kitorang untuk bagi project baru n terangkan pasal project tu lah. And after dah siap, beliau jugalah yang banyak bagi komentar-komentar kat kitorang.



Online.....
#2 Online-ing
Mdm sendiri bagitahu yang laptop ni penting. Waktu studio kita nak cari banyak benda. contoh-contoh gambar, contoh-contoh design and sebagainya. Betui la kata bujangga, semuanya terletak di hujung jari anda...


Pertandingan waktu belajar texture n colour
 #3 Contest-ing
Ini kerja yang bro zainol bagi kat kitorang. Katanya petang-petang memang sumua orang dah tak larat dah gamaknya. Wat kerja pun sambil tidur. So beliau ambil kesempatan suruh kitorang buat group and adakan pertandingan dalam studio. Best gak la buat macam ni. Sebab tak mengantuk. Siapa menang bro belanja ice-blended sorang satu. Dah la time tu tengah ada chocolate fair. Tak aciii.. sebab group aku tak menang.



Siapkan kerja
 #4 Work in the morning
Biasanya kitorang akan dapat kerja yang banyak. (bagi akulah) So, kekadang tu adalah yang tak tersempat-sempat nak siapkan nak tunjuk kat madam esoknya. Apa lagi, awal-awal pagi datang studio, menonong masuk, keluarkan segala bahan dan perkakas, duduk atas kerusi, sambung buat kerja. Kalau tak siap mampos. Tapi kekadang dapat gak extend.



Makan
 #5 Eating
Yah, studio rumah kedua eh? Bak kata bujangga lagi la. Kadang-kadang tu malas lak nak turun cafe. Mengirim kat orang je la beli apa-apa benda yang boleh di makan. Mdm pon kata, boleh je makan kat studio. Sampai solat pun suruh kat studio gak.



Nampak tak binatang tu
 #6 Nyamuk-ing
Ok. Ni waktu malam kat studio. Time ni boleh lagi wat kerja kat studio waktu malam. Tidur kat sana pun boleh. heuheu.. Ntah mcm mana nyamuk tu boleh tersesat kat sini. Apa lagi, kasi penampau la. Sian tol.



Shy shy cat
 #7 Malu-ing
Biasalah tu, awal tahun n awal sem lagi. Malu-malu la sikit. Walaupun ada kawan yang dah kenal, ada gak kawan yang baru nak kenal. Jangan la cakap itew sombong. sedih tol. Sekali tu kena tegur pasal ukhuwah. hmmmmm...




Duit oversea
 #8 Syiling-ing
Apa punya caption lah. Ok, ini time dgn mdm maheran. Beliau sedang tunjuk-tunjuk duit syiling dari serata dunia. Beliau pergi banyak tempat dah katanya. Then, encouraging kitorang untuk pergi merantau gak. Lecturer-lecturer kat sini memang galakkan untuk pergi merantau luar negara gak eh. Takpe, satu hari nanti aku akan pergi jugak. huhu.. insyAllah..



basikal
 #8
Fuh, studio ni selain tempat menimba ilmu, boleh gak jadi taman permainan eh. Haha...
Biasalah tu, tension-tension buat kerja, apa salahnya exercise.
Siapa punya lah basikal kuning tu. Hihi

 Ok lah, setakat ini sahaja yang aku nak share. Ada lagi gambar-gambar tapi tak boleh nak donlod. Ada problem la tu.

Ni baru dalam studio. Ada gak aktiviti luar studio. Wat site inventory. Tengah panas lak tu. Habis rawatan kecantikan muka aku. haha..

Ok lah, kawan-kawan kalau ada pape nak share ngan aku, share lah eh. Hope pasal studio ni gak. orait. Semoga mendapat cuti yang efektif. Mari kita berdoa semoga kita akan berjaya sehingga ke akhirnya. Amiiiinnnn..

Salam.

Monday, September 24, 2012

Week 3

Asalamualaikum dan hai.

Week 3 belajar pasal texture and colour.

Texture pecah kepada 2 :

- Tactile texture (Texture yang dapat dirasa dengan sentuhan)
                                      
- Visual texture (Texture yang dapat dilihat dengan mata tetapi apabila disentuh, hanyalah mendatar sahaja)



Jalan-jalan sekitar Kaed cari texture :



Batu kt tempat pijak2

Akar pokok

Lantai

Daun

Pokok bunga layu
Pedesterian walk

Bunga

Tangga main entrance KAED

Meja

Lap kaki



Jumpa lagi!