Followers

Showing posts with label Kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan-kawan. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

Floria 2013

Asalamualaikum dan hye.
Lewat post hari ni. Walaupun pergi floria mingu lepas-lepas, hari ni baru nak post. Hehe
Takpalah, saja nak share ngan korang.

Hari sabtu haritu, aku, kak tiqah, kak nadia n kak dilah dengan excited nye nak pergi floria. First time kot. Sebelum ni tengok kat surat khabar and tv je. Kali ni pergi tengok sendiri. Memang excited.
Lagi satu sebab nak pergi floria ni sebab u kitorang tak dapat masuk pertandingan buat garden tuh. Sangat sedih ok... Punyalah excited nak buat kerja-kerja cangkul lah.. tanam pokok lah... semai pokok lah.. Alih-alih tak dapat masuk. Maybe tak da rezeki tahun ni. Ada hikmah disebaliknya..

Kitorang datang putrajaya tu naik bas, LRT and then naik ERL. ERL tu memang la mahal sikit tapi dye laju and malam nanti tak yah la nak bersesak-sesak kalau naik kereta nanti. Huhu.. This is the second time aku naik ERL. (ceh, tupun nak bagitahu)

ERL tu dari KL sentral ke putrajaya RM9.50. Pergi sahaja ok. Balik tambah lagi RM9.50.
Pheeww, melayang duit seperti beliau mempunyai sayap.

Ok, sampai je kat Putrajaya sentral tu amek bas khas ke floria. Memang dorang akan sediakan bas khas eh kalau ada pape function buat kat putrajaya? Bagus la macam tu.. sebab memudahkan. tapi yang tak best sikit kena tunggu agak lama la bas tu. Its ok, think positive, jalan nak pergi floria jem sebab sesak n ramai orang. Sebab tu lambat hewhew..

Sampai je kat presint 2 tu..



Pintu masuk Floria 2013

Wow................
ramainya orang......
Banyaknya khemah..
and,
panasnya.... (=_=")

tapi serius memang panas.


Tanglung-tanglung


Apa lagi, bergambar la. Huhu..





Kami dah bersedia untuk memulakan misi untuk bergambar. HiHi


Ok, ada banyak garden kat sini. Dorang kumpulkan majlis perbandaran dari setiap negeri untuk buat landskap garden-garden kat sini. Ada jugak garden dari badan NGO, private compony, corporate garden, garden sekolah and garden university. Banyak. Serius banyak. Tak larat nak bergambar satu per satu.

Oh lupa nak bagitahu. Tema floria tahun ni ialah Orkid Khazanah Tropika
atau dalam bahasa inggerisnya. Orchid- Tropical Treasure

Taman ala-ala taman diraja gitu





Taman Diraja





Fountain dye pun lawa




Anak burung yang comel




Laju buai ku laju~~  Aku nak kawen dengan anak raja~~ (hampeh)




Sedapnya berehat-rehat ibarat puteri kayangan. Haha




1,2,3.    Dapat pun snap gambar senyap-senyap.- Bro baju merah (Heheh)



Taman ala-ala homestay gitu




Kacau-kacau dodol




Kerajaan Negeri Perlis pun ada




Buat alal-ala di bendang gitu. Belajar tangkap ikan lettew.. hihi



OK, ni pulak, antara bunga-bunga yang sempat di snap


















































Cak! Flower gegirl
Awcak!

OK, seterusnya... antara features-features yang ada kat floria ni. Antara je la. Kalau pergi sendiri memang belambak gila.


Macam main pondok-pondok. comeey



Terowong masa. haha



Dan dan pulak nak gaduh ambe berdua ni.. HUhu



Gelombang Orkid. Hiho



Peehh, sunset from orchid garden



Longest Landscape Vertical Wall - Malaysia Books of Record



Next ialah... bergambar bersama. Hihu..




4 dara pinggitan




Perempuan melayu terakhir




Senyum Sokmo :)




Gambar lepas penat pusing-pusing Floria





Last but not least, waktu malam tu, kitorang sempat tengok bunga api sekejap and tengok bot berhias.
Mula-mula tak dapat tempat nak tengok bot berhias tu dari tempat khas, tapi 
after berebut and tunggu tempat kosong... akhirnya dapat jugak masuk tempat khas nak tengok
bot berhias tu. Rasa happy sangat waktu tu.. jerit sepuasnya. Huhu..


Bot berhias ni ikut negeri. Sempat ambil gambar ni je.. bateri kamera dah habis.



Putrajaya




Johor darul takzim




Negeri 9




Melaka bandaraya bersejarah


OKlah, itu saja coretan kali ini. Semoga bermanfaat buat semua orang.
Thank you. Arigato, Toce, bye

Salam :)

Saturday, January 26, 2013

Dalam Studio

Asalamualaikum dan hai.
Sudah tiga minggu bercuti. Minggu depan nak balik uia dah. Fuhh, best betul cuti dok layan movie tak habis-habis. Ye la, waktu dah start belajar nanti jarang sangat nak tengok movie nih. Unless after submit project. Boleh la layan sikit-sikit. Huhuu.. Sekarang ni pun tengah tengok Running Man. Baru aku tahu cerita ni best gile.

Orait, demi nak ambil mood berada dalam studio untuk sem baru nanti, aku nak recall balik or ingat balik apa yang aku dan kawan-kawan dah buat dalam studio. Selain lecture, sketching, projecting, nagging, sleeping, naiving and so on...

First of all,


Listening lecture from madam kesayangan iaitu mdm J
#1 Litsening 
Well, mdm J ni studio master kitorang. So, most of the time mdm akan bersama ngan kitorang untuk bagi project baru n terangkan pasal project tu lah. And after dah siap, beliau jugalah yang banyak bagi komentar-komentar kat kitorang.



Online.....
#2 Online-ing
Mdm sendiri bagitahu yang laptop ni penting. Waktu studio kita nak cari banyak benda. contoh-contoh gambar, contoh-contoh design and sebagainya. Betui la kata bujangga, semuanya terletak di hujung jari anda...


Pertandingan waktu belajar texture n colour
 #3 Contest-ing
Ini kerja yang bro zainol bagi kat kitorang. Katanya petang-petang memang sumua orang dah tak larat dah gamaknya. Wat kerja pun sambil tidur. So beliau ambil kesempatan suruh kitorang buat group and adakan pertandingan dalam studio. Best gak la buat macam ni. Sebab tak mengantuk. Siapa menang bro belanja ice-blended sorang satu. Dah la time tu tengah ada chocolate fair. Tak aciii.. sebab group aku tak menang.



Siapkan kerja
 #4 Work in the morning
Biasanya kitorang akan dapat kerja yang banyak. (bagi akulah) So, kekadang tu adalah yang tak tersempat-sempat nak siapkan nak tunjuk kat madam esoknya. Apa lagi, awal-awal pagi datang studio, menonong masuk, keluarkan segala bahan dan perkakas, duduk atas kerusi, sambung buat kerja. Kalau tak siap mampos. Tapi kekadang dapat gak extend.



Makan
 #5 Eating
Yah, studio rumah kedua eh? Bak kata bujangga lagi la. Kadang-kadang tu malas lak nak turun cafe. Mengirim kat orang je la beli apa-apa benda yang boleh di makan. Mdm pon kata, boleh je makan kat studio. Sampai solat pun suruh kat studio gak.



Nampak tak binatang tu
 #6 Nyamuk-ing
Ok. Ni waktu malam kat studio. Time ni boleh lagi wat kerja kat studio waktu malam. Tidur kat sana pun boleh. heuheu.. Ntah mcm mana nyamuk tu boleh tersesat kat sini. Apa lagi, kasi penampau la. Sian tol.



Shy shy cat
 #7 Malu-ing
Biasalah tu, awal tahun n awal sem lagi. Malu-malu la sikit. Walaupun ada kawan yang dah kenal, ada gak kawan yang baru nak kenal. Jangan la cakap itew sombong. sedih tol. Sekali tu kena tegur pasal ukhuwah. hmmmmm...




Duit oversea
 #8 Syiling-ing
Apa punya caption lah. Ok, ini time dgn mdm maheran. Beliau sedang tunjuk-tunjuk duit syiling dari serata dunia. Beliau pergi banyak tempat dah katanya. Then, encouraging kitorang untuk pergi merantau gak. Lecturer-lecturer kat sini memang galakkan untuk pergi merantau luar negara gak eh. Takpe, satu hari nanti aku akan pergi jugak. huhu.. insyAllah..



basikal
 #8
Fuh, studio ni selain tempat menimba ilmu, boleh gak jadi taman permainan eh. Haha...
Biasalah tu, tension-tension buat kerja, apa salahnya exercise.
Siapa punya lah basikal kuning tu. Hihi

 Ok lah, setakat ini sahaja yang aku nak share. Ada lagi gambar-gambar tapi tak boleh nak donlod. Ada problem la tu.

Ni baru dalam studio. Ada gak aktiviti luar studio. Wat site inventory. Tengah panas lak tu. Habis rawatan kecantikan muka aku. haha..

Ok lah, kawan-kawan kalau ada pape nak share ngan aku, share lah eh. Hope pasal studio ni gak. orait. Semoga mendapat cuti yang efektif. Mari kita berdoa semoga kita akan berjaya sehingga ke akhirnya. Amiiiinnnn..

Salam.

Saturday, March 31, 2012

Sepetang di Pasar Petang

Asalamualaikum dan hai  :)

Ini makanan saya.

Cahaya petang menyinari Myra

Ini gambar time aku, myra and the rumate pergi pasar malam kat sebelah UIA PJ ni. Setiap hari selasa pasar malam tu buka. Ini gambar time sem 1 dulu. Skunk dah jarang sangat nak pergi pasar malam. Kerja punya banyak. Kalau ada masa pun mesti nak qada' tidur je.

Anyway, sekarang aku ber-weekend dengan dye kat tempat biasa. Sian dye kena tinggal dek rumate-rumate nye AGAIN! Hahah.. Takpe myra, kita kan ada.. Huuuu...

Esok kitorang ingat nak keluar gi jejalan. Dye nak tengok cite Mirror-mirror aku pulak nak pergi tempat yang boleh aku practise sketch task nanti. Kat mana kitorang patut pergi eh? KLCC? Mid Valley? Pasar Seni?
Ada cadangan tak?

Kalau ada bagitahu la eh..

Sampai situ saja. Salam