Followers

Wednesday, October 10, 2012

Cupcake Decoration competiton

Asalamualaikum dan hai. Nak sambung cerita pasal STABAZ. Haritu aku,Syiqin and Nisa ada daftar untuk fruit innovation competition. Disebabkan kitorang daftar awal, just ignore la dulu competition tu tapi bile pertandingan dah nak dekat mulalah gelabah.

“Eh, bertanding kat mana eh?”
“Boleh bawak barang apa je eh?”
“Eh, kena buat apa sebenarnya pertandingan ni?”

Ah sudah… Mula lah text committee nak tanya bile and kat mana nak bertanding. Tapi, committee tak balas pulak dah. Buatkan orang marah je. To all committees, tak kisah lah apa-apa program tolonglah jawab pertanyaan all the participants yang terkapai-kapai ni ye. Kitorang punyalah tak tahu apa-apa. (Rintihan seorang peserta). Tapi, kalau aku husnuzon aku akan fikir yang committee tu takde kredit or dia off handphone. Baik tak aku? (terlebih perasan)

Tapi, kitorang cari ar cara lain. Search on facebook group STABAZ. Cari punya cari, jumpa banner untuk competition ni. Hari Ahad. So, Oklah… Hujung minggu. Nice time! Ahad pun tiba. Aduh, bangun lambat. Buat kerja studio la ni (alasan!). Terpaksalah dua orang kawan aku tu menunggu aku bersiap. Nasib baik aku ni jenis yang bersiap cepat. Takdelah diorang tunggu lama sangat.

Dah sampai kat STABAZ, gi la kt main stage. Bila cakap nak daftar kehadiran dia cakap pertandingan yang kitorang masuk ni sebenarnya esok a.k.a isnin.

WHAT!? Oh no.. Isnin kelas studio. Memang tak boleh nak escape although diorang akan bagi excuse letter. Aku tak sanggup nak ponteng studio kesayangan aku ni (sayang sangat ke. Hekhek ). Dua orang kawan aku tu pun sama gak. Diorang taknak ponteng studio dorang sebab theres a lot of things to gain during the studio hour.

Bincang punya bincang, akhirnya kitorang pun cakaplah kat committee tu yang kitorang tak dapat datang esok. Maka, Burn lah duit yuran RM20 yang kitorang bayar waktu daftar mula-mula. Serius sedih melayang duit macam tu je.

Tapi, ada committee tiba-tiba cakap,

“Hari ni ada cupcake decoration. Sorang sister tak dapat dating. Gantilah dye”

Aku pun berfikir sejenak…

HHmm… cupcake decoration ni individu. Kitorang ni bertiga. Mana boleh masuk pertandingan ni kalau bertiga.

Then, syiqin pun cakap kat aku,

“ko nak masuk ke? Masuk lah… Aku tak kisah”

Aku pun dengan perasaan yang berbelah bagi sebenarnya, masuklah competition tu. Maka dua orang kawan aku yang sangat baik hati tu memberi sokongan yang padu untuk aku waktu competititon tu berjalan.

Kat bawah ni, aku sertakan beberapa gambar sepanjang competition cupcake decoration tu :

Bahan-bahan

Before competition start, ada demo sikit macam mana nak buat icing.

And tips nak decorate cupcake.
 
Nampak tak muka takut kat situ? ;P



Dah start dah tu..
1. Mula-mula pukul lemak sayur-sayuran. (ambooi, mail lemak pulak)
Aku ber'collaboration' buat icing dengan peserta semeja dengan aku.


Cupcake before decoration. (sorang kena deco 4 je)

Tu dia, sampai bersilang tangan dok pukul bahan.

Pukul jangan tak pukul.


2. Tambah icing sugar and butter
Ada gaya pro tak? Hekhek..

Other contestant from UNITEN

Boy participant from UIA
3. Pukul sampai kembang
Rupa time dah kembang.

Other boy participant from UKM

Ramai geng dye bawak neehh..

Heh!
4. Tambah pewarna sikit
Begini caranya

Ini lah hasilnya-warna merah

Hijau
5. Maka startlah cupcake decoration
Peh, bersungguh-sungguhnye budak ni
Semangat tak? Heheh..

During deco

Ni kawan semeja aku ni. confident sungguh

Rose. Lawakan! kawan aku punya (Asyik kawan aku je, mana aku punya)

Pederta depan aku punya. Dah siap dua dah dye

Budak ni lagi..

Lawanyeee..

Tadaaaa!!! This is mine. Dah siap 2 setelah beberapa ketika.

Disebabkan tak cukup pinggan, guna tisu je.
Thanks to Syiqin bagi idea buat tisu macam tu. And even dye yang tolong lipatkan tisu tu. Hihihi..

Peacee... Muka happy dah siap!
Kat bawah ni orang lain punya taw :

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.
Ada lagi yang lain tapi tak ambil gambar pun. Lepas masa dah tamat. Kitorang pun tunggu keputusan. Juri nak tengok-tengok hasil kerja kitorang.

Kat meja juri.



Judge time..

Dah siap judge, tunggu la keputusan. Lama la gak lah tunggu. Dah la hari semakin panas. Aku n syiqin pun merayau jap lah kat STABAZ tu beli makan n minum. Then, after beberapa minit committee panggil untuk result. First sekali semua peserta dari UIA akan naik pentas untuk ambil sijil. Bestnye, sijil first dari UIA Gombak (Alhamdulillah)

Then, masa untuk tahu pemenang. Berdebar debar kot. Agak-agak aku dapat no 1 tak? (berangan je lebih) Hehehe..

Guess what, masa dia nak umumkan tempat ketiga... hati aku lagi bertambah laju.

"Peserta no 4!"

Woo, thats me? really me?

Apa lagi, dengan malunya aku naik pentas ambil hadiah. A big goodie bag. So cute. (lupa nak ambil gambar)

Fuhh.. menang juga aku ye. Walaupun tak dapat no satu. Aku tetap bersyukur. Alhamdulillah..


Arigato

ok, itulah cerita aku nak story. Honestly aku rasa happy sangat waktu tu. Apa taknya. Masuk tak dirancang and then menang dapat hadiah pulak tu. Alhamdulilah.

Korang kalau terer bab cupcake decoration ni boleh lah ajarkan aku ye. Tahun depan boleh lah aku masuk lagi. InsyAllah dapat nombor satu. Hahahha..

Orait. Banyak assignment kena buat ni. Doakan aku eh..

Selamat.










No comments:

Post a Comment

Pembaca yang baik ialah pembaca yang meninggalkan comment.
huhu ~