Followers

Saturday, January 26, 2013

Dalam Studio

Asalamualaikum dan hai.
Sudah tiga minggu bercuti. Minggu depan nak balik uia dah. Fuhh, best betul cuti dok layan movie tak habis-habis. Ye la, waktu dah start belajar nanti jarang sangat nak tengok movie nih. Unless after submit project. Boleh la layan sikit-sikit. Huhuu.. Sekarang ni pun tengah tengok Running Man. Baru aku tahu cerita ni best gile.

Orait, demi nak ambil mood berada dalam studio untuk sem baru nanti, aku nak recall balik or ingat balik apa yang aku dan kawan-kawan dah buat dalam studio. Selain lecture, sketching, projecting, nagging, sleeping, naiving and so on...

First of all,


Listening lecture from madam kesayangan iaitu mdm J
#1 Litsening 
Well, mdm J ni studio master kitorang. So, most of the time mdm akan bersama ngan kitorang untuk bagi project baru n terangkan pasal project tu lah. And after dah siap, beliau jugalah yang banyak bagi komentar-komentar kat kitorang.



Online.....
#2 Online-ing
Mdm sendiri bagitahu yang laptop ni penting. Waktu studio kita nak cari banyak benda. contoh-contoh gambar, contoh-contoh design and sebagainya. Betui la kata bujangga, semuanya terletak di hujung jari anda...


Pertandingan waktu belajar texture n colour
 #3 Contest-ing
Ini kerja yang bro zainol bagi kat kitorang. Katanya petang-petang memang sumua orang dah tak larat dah gamaknya. Wat kerja pun sambil tidur. So beliau ambil kesempatan suruh kitorang buat group and adakan pertandingan dalam studio. Best gak la buat macam ni. Sebab tak mengantuk. Siapa menang bro belanja ice-blended sorang satu. Dah la time tu tengah ada chocolate fair. Tak aciii.. sebab group aku tak menang.



Siapkan kerja
 #4 Work in the morning
Biasanya kitorang akan dapat kerja yang banyak. (bagi akulah) So, kekadang tu adalah yang tak tersempat-sempat nak siapkan nak tunjuk kat madam esoknya. Apa lagi, awal-awal pagi datang studio, menonong masuk, keluarkan segala bahan dan perkakas, duduk atas kerusi, sambung buat kerja. Kalau tak siap mampos. Tapi kekadang dapat gak extend.



Makan
 #5 Eating
Yah, studio rumah kedua eh? Bak kata bujangga lagi la. Kadang-kadang tu malas lak nak turun cafe. Mengirim kat orang je la beli apa-apa benda yang boleh di makan. Mdm pon kata, boleh je makan kat studio. Sampai solat pun suruh kat studio gak.



Nampak tak binatang tu
 #6 Nyamuk-ing
Ok. Ni waktu malam kat studio. Time ni boleh lagi wat kerja kat studio waktu malam. Tidur kat sana pun boleh. heuheu.. Ntah mcm mana nyamuk tu boleh tersesat kat sini. Apa lagi, kasi penampau la. Sian tol.



Shy shy cat
 #7 Malu-ing
Biasalah tu, awal tahun n awal sem lagi. Malu-malu la sikit. Walaupun ada kawan yang dah kenal, ada gak kawan yang baru nak kenal. Jangan la cakap itew sombong. sedih tol. Sekali tu kena tegur pasal ukhuwah. hmmmmm...




Duit oversea
 #8 Syiling-ing
Apa punya caption lah. Ok, ini time dgn mdm maheran. Beliau sedang tunjuk-tunjuk duit syiling dari serata dunia. Beliau pergi banyak tempat dah katanya. Then, encouraging kitorang untuk pergi merantau gak. Lecturer-lecturer kat sini memang galakkan untuk pergi merantau luar negara gak eh. Takpe, satu hari nanti aku akan pergi jugak. huhu.. insyAllah..



basikal
 #8
Fuh, studio ni selain tempat menimba ilmu, boleh gak jadi taman permainan eh. Haha...
Biasalah tu, tension-tension buat kerja, apa salahnya exercise.
Siapa punya lah basikal kuning tu. Hihi

 Ok lah, setakat ini sahaja yang aku nak share. Ada lagi gambar-gambar tapi tak boleh nak donlod. Ada problem la tu.

Ni baru dalam studio. Ada gak aktiviti luar studio. Wat site inventory. Tengah panas lak tu. Habis rawatan kecantikan muka aku. haha..

Ok lah, kawan-kawan kalau ada pape nak share ngan aku, share lah eh. Hope pasal studio ni gak. orait. Semoga mendapat cuti yang efektif. Mari kita berdoa semoga kita akan berjaya sehingga ke akhirnya. Amiiiinnnn..

Salam.

2 comments:

Pembaca yang baik ialah pembaca yang meninggalkan comment.
huhu ~