Followers

Sunday, December 4, 2011

508

Hai asalamualaikum..

Hei manusia, sila update blog anda! Ceh, nak update blog pun kena orang suruh ke? *mood malas sebenarnya. OK, nak cari idea nak tulis apa. Jelajah punya jelajah laptop ni, terjumpalah satu gambar masterpiece ni. Ceh, masterpiece la sangat. Line wifi pun ok, jadi apa lagi.. let start posting!



OK, ni gambar kelas kat mjsckb dulu. Dah habis belajar baru nak post gambar kelas? Apalah..
Ok tak pe. Sila tengok :


Meriahnya!


Nama kelas : 508
President kelas : Ayiep
Vice President kelas: Hidayah
Ahli Kelas : Ayiep,Jpah,Chong,Bot,Aqil,Mohsein,Chombi,Zarol,Dzul,
                  Juju,Pila,5zah,Hazrati,Dayah,Mira,Umi(Tomat),Izzati,Atiq,Tay
Jumlah Ahli Kelas: 19


Ok, ahli kelas 508 memang sikit. Kelas ni memang banyak memorinya. Sampai ada yang nak bakar kelas pun ada. Ish ish.. malunya

Dan ada satu saat, budak lelaki tak puas hati dengan budak perempuan dan budak perempuan tak puas hati dengan budak lelaki. Apa nak jadi lah..

Ni gambar dalam kelas. Tengah baca surah Yasin. Al maklumlah, SPM semakin hampir

At last, buat open table. Amek kaw! Segala ketidakpuasan hati dimuntahkan sekali gus! Then selesaikan malam tu jugak. Last last semua orang minta maaf sesama sendiri. Yang personal problem tu minta maaf ngan orang yang buat salah tu. Alhamdulillah selesai.


Belajar dalam kelas masa prep malam. With Izzati MK


Dan, masa akhir tahun kami buat jamuan kelas. Aku rasa memang ni acara kemuncak. Jamuan tu buat dekat cafe. Budak lelaki beli makanan, budak perempuan sediakan makanan. Mereka beli nasi lemak kegemaran diorang time solat jumaat. Ohh, swweetnye.
Then main true or dare dan ada acara tukar tukar hadiah. Budak lelaki bagi kitkat dekat kami dan kami bagi handmade chocolate kat diorang. Ceh, kaum perempuan yang romantik di situ ye!


Ok, ni masa awal tahun. Tengah main Treasure Hunt. Kelas kitorang dapat tempat pertama ok!

Dan, masa akhir tahun kami buat jamuan kelas. Aku rasa memang ni acara kemuncak. Jamuan tu buat dekat cafe. Budak lelaki beli makanan, budak perempuan sediakan makanan. Mereka beli nasi lemak kegemaran diorang time solat jumaat. Ohh, swweetnye.
Then main true or dare dan ada acara tukar tukar hadiah. Budak lelaki bagi kitkat dekat kami dan kami bagi handmade chocolate kat diorang. Ceh, kaum perempuan yang romantik di situ ye!


Then, bila dah habis mulalah sesi berkemas. Sempat baling baling ais lagi time tu. Mentang mentang ais ada lebih. Then, perkara yang tak disangka berlaku. Ustaz Syhdn datang dengan tiba tiba. Suruh kitorang keluar dari cafe dan berdiri dekat luar. Dan apa yang kitorang terpana ialah, masa tu hujan. Hujan! Hujan OK! Jadi kitorang terpaksa berdiri tengah hujan tu sambil ketuk ketampi. How sad.. Maybe sebab masa tu dah lewat malam. Jadi ustaz marah sebab terjerit jerit dok main baling ais. Ok, we deserve that.

Lepas beberapa minit, baru kitorang dilepaskan. Fuh, nasib baik! Tapi memang baju lencun habis lah. Dok terjemur tengah hujan dan guruh.

But still, kitorang happy sebab itu perkara yang memang tak boleh lupa sepanjang ada kat sana. Pagi esoknya kelas berjalan seperti biasa. Cuma ada la kesan sampingan hampir nak demam.

Ni sesi bergambar sebelum nak grade. Ambil gambar satu batch. Tahniah kepada Aqil dan Hazrati sebab dapat jadi tokoh sahsiah dan akademik.

Bergambar ketika detik detik terakhir di sekolah. Muka Selenge.

Ok, itu sahaja pasal 508. Tetap berada dalam ingatan bye. Assalamualaikum

P/S: Nanti nak post pasal JB. Gambar dah edit tapi tak boleh post sebab ada masalah teknikal. ok

No comments:

Post a Comment

Pembaca yang baik ialah pembaca yang meninggalkan comment.
huhu ~