Followers

Monday, December 12, 2011

Book Review : Fiksyen 302

Assalamualaikum dan hai.

Baru je habis baca buku Fiksyen 302 , dengan tagline nye 'Jangan Percaya!' oleh Ramlee Awang Murshid, Novelis THRILLER No. 1 di Malaysia. Gile BEST la! Memang tak boleh tidur malam, seriously! Memang tak sia-sia lah beli buku ni.


Sinopsis Fiksyen 302

fiksyen-302LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.
Sebuah karya suspen thriller yang ditunggu-tunggu oleh peminat beliau yang pernah membawa garapan beliau seperti Mandatori dan Rahsia Perindu. Biarlah diri anda dilontarkan ke dalam pergelutan fikiran dan kerasukan jiwa.
_________________________________________________________________________________

Sebenarnya, ni kali pertama aku baca novel karya pakcik RAM ni. Sebelum ni tak tertarik pon novel macam ni. Tapi satu hari bila aku tengok je buku ni, terus aku rasa terdetik nak baca. Adik aku pun cakap cerita ni cambest je. Apa lagi layanla..

Pakcik RAM pernah ditanya, apa pendapat beliau tentang buku ni sebab kandungan isinya agak berat. Then Pakcik RAM cakap beliau nak kita banyak berfikir sebab berfikir adalah latihan otak yang bagus kerana dapat menghasilkan banyak neoron-neoron otak.
_________________________________________________________________________________

Ni trailer Fiksyen 302 kat youtube:



Ni laman web rasmi untuk peminat RAM :



www.kelabram.com



Apa lagi? 
Ada berani? BACA LA!

Saya mahu anda mengalami mimpi ngeri seperti saya!
Haha..














No comments:

Post a Comment

Pembaca yang baik ialah pembaca yang meninggalkan comment.
huhu ~