Followers

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru!

Asalamualaikum dan hai.
Di kesempatan ini, aku mahu ucapkan selamat tahun baru 2012. Sesiapa yang lahir 1 januari juga aku nak ucap selamat hari lahir. Korang memang bertuah dilahirkan pada pangkal tahun huhu..
Semoga azam tahun lepas telah tercapai dan semoga merangka semula azam tahun baru dengan jayanya.
Di sini, aku nak share barang baru yang aku beli pada malam tahun baru. Huhu
Setiap satu barang ni melambangkan azam aku tahun 2012 ni. Ada muet reference book, white board, notebook, french curve, and magazine.
Tahun ni aku tak beli diary. Menurut pemerhatian aku pada tahun2 sudah, aku malas tulis diary in a specific book sebab aku main tulis je diary aku merata rata tempat. Haha..
Siapa yang terbaca tu tahu la kut. 0_o
Anyway, semoga tahun baru yang menjelma ini bakal menjadi saksi anjakan paradigma dalam diri korang. Amboi ayat.. Ha ha
Malam tahun baru ni korang buat apa?
Pi la dengaq ceramah kat masjid berhampiran. Aku rasa banyak gile ceramah nak wat sempena tahun baru ni. Ya la, tak mahu ada sesi "baby dumple".
Kalau tak pun, pi youtube cari ceramah ustaz kazim or ustaz azhar idrus. Dapat sikit2 input pun jadilah.. Buat hidangan jiwa pada malam tahun baru.
Tapi kalau malas sangat, sumbat telinga korang dengan mp3 or mp4 kesayangan korang then buka surah yasin. Habis je surah tu korang tadah tangan and berdoa pada yang Esa apa yang korang nak untuk tahun baru ni.
Senang kan.. :-)
Akhir sekali, semoga happy tengok bunga api. Huhu..

Ok lahh..
Itu sahaja, sekian.
Salam manis dari saya.








1 comment:

Pembaca yang baik ialah pembaca yang meninggalkan comment.
huhu ~