Asalamualaikum dan hye.
Lewat post hari ni. Walaupun pergi floria mingu lepas-lepas, hari ni baru nak post. Hehe
Takpalah, saja nak share ngan korang.
Hari sabtu haritu, aku, kak tiqah, kak nadia n kak dilah dengan excited nye nak pergi floria. First time kot. Sebelum ni tengok kat surat khabar and tv je. Kali ni pergi tengok sendiri. Memang excited.
Lagi satu sebab nak pergi floria ni sebab u kitorang tak dapat masuk pertandingan buat garden tuh. Sangat sedih ok... Punyalah excited nak buat kerja-kerja cangkul lah.. tanam pokok lah... semai pokok lah.. Alih-alih tak dapat masuk. Maybe tak da rezeki tahun ni. Ada hikmah disebaliknya..
Kitorang datang putrajaya tu naik bas, LRT and then naik ERL. ERL tu memang la mahal sikit tapi dye laju and malam nanti tak yah la nak bersesak-sesak kalau naik kereta nanti. Huhu.. This is the second time aku naik ERL. (ceh, tupun nak bagitahu)
ERL tu dari KL sentral ke putrajaya RM9.50. Pergi sahaja ok. Balik tambah lagi RM9.50.
Pheeww, melayang duit seperti beliau mempunyai sayap.
Ok, sampai je kat Putrajaya sentral tu amek bas khas ke floria. Memang dorang akan sediakan bas khas eh kalau ada pape function buat kat putrajaya? Bagus la macam tu.. sebab memudahkan. tapi yang tak best sikit kena tunggu agak lama la bas tu. Its ok, think positive, jalan nak pergi floria jem sebab sesak n ramai orang. Sebab tu lambat hewhew..
Sampai je kat presint 2 tu..
|
Pintu masuk Floria 2013 |
Wow................
ramainya orang......
Banyaknya khemah..
and,
panasnya.... (=_=")
tapi serius memang panas.
|
Tanglung-tanglung |
Apa lagi, bergambar la. Huhu..
|
Kami dah bersedia untuk memulakan misi untuk bergambar. HiHi |
Ok, ada banyak garden kat sini. Dorang kumpulkan majlis perbandaran dari setiap negeri untuk buat landskap garden-garden kat sini. Ada jugak garden dari badan NGO, private compony, corporate garden, garden sekolah and garden university. Banyak. Serius banyak. Tak larat nak bergambar satu per satu.
Oh lupa nak bagitahu. Tema floria tahun ni ialah Orkid Khazanah Tropika
atau dalam bahasa inggerisnya. Orchid- Tropical Treasure
|
Taman ala-ala taman diraja gitu
|
|
Taman Diraja |
|
Fountain dye pun lawa
|
|
Anak burung yang comel
|
|
Laju buai ku laju~~ Aku nak kawen dengan anak raja~~ (hampeh)
|
|
Sedapnya berehat-rehat ibarat puteri kayangan. Haha
|
|
1,2,3. Dapat pun snap gambar senyap-senyap.- Bro baju merah (Heheh) |
|
Taman ala-ala homestay gitu
|
|
Kacau-kacau dodol
|
|
Kerajaan Negeri Perlis pun ada |
|
Buat alal-ala di bendang gitu. Belajar tangkap ikan lettew.. hihi |
OK, ni pulak, antara bunga-bunga yang sempat di snap
|
Cak! Flower gegirl
|
Awcak!
OK, seterusnya... antara features-features yang ada kat floria ni. Antara je la. Kalau pergi sendiri memang belambak gila.
|
|
|
Macam main pondok-pondok. comeey |
|
Terowong masa. haha |
|
Dan dan pulak nak gaduh ambe berdua ni.. HUhu |
|
Gelombang Orkid. Hiho |
|
Peehh, sunset from orchid garden |
|
Longest Landscape Vertical Wall - Malaysia Books of Record |
Next ialah... bergambar bersama. Hihu..
|
4 dara pinggitan |
|
Perempuan melayu terakhir |
|
Senyum Sokmo :) |
|
Gambar lepas penat pusing-pusing Floria |
Last but not least, waktu malam tu, kitorang sempat tengok bunga api sekejap and tengok bot berhias.
Mula-mula tak dapat tempat nak tengok bot berhias tu dari tempat khas, tapi
after berebut and tunggu tempat kosong... akhirnya dapat jugak masuk tempat khas nak tengok
bot berhias tu. Rasa happy sangat waktu tu.. jerit sepuasnya. Huhu..
Bot berhias ni ikut negeri. Sempat ambil gambar ni je.. bateri kamera dah habis.
|
Putrajaya |
|
Johor darul takzim |
|
Negeri 9 |
|
Melaka bandaraya bersejarah |
OKlah, itu saja coretan kali ini. Semoga bermanfaat buat semua orang.
Thank you. Arigato, Toce, bye
No comments:
Post a Comment
Pembaca yang baik ialah pembaca yang meninggalkan comment.
huhu ~